Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris –
Penggunaan bahasa ini digunakan kepada kanak-kanak sebagai bahasa penghantar supaya mereka dapat dilatih untuk menggunakan kedua-dua bahasa ini dengan betul. Selain dari itu, kanak-kanak dapat mempraktikkan pengunaan bahasa melayu dan bahasa
inggeris dalam barkomunikasi dengan guru dan kanak-kanak lain.
Sains dan Matematik –
Matematik memainkan peranan penting dalam sains. Fungsi itu amat terpenting yang dijalankan oleh matematik adalah dalam pembinaan model saintifik. Untuk mengumpul dan mengkaji data, serta meramal dan menjangka keputusan, semuanya memerlukan pembinaan model saintifik. Dan apabila data telah dikumpul, statistik pula diperlukan untuk menganalisanya.
Pendidikan Islam dan Moral –
Pendidikan Islam merupakan agama rasmi negara Malaysia. Dapat mendidik kanak-kanak mengenali dan menghayati tentang Islam mengikut peringkat umur dan kematangan mereka. Serta tidak mengira kaum Kristian, Buddha dan Hindu pendidikan moral juga amat penting bagi memupuk kerohanian, nilai murni dalam masyarakat berbilang bangsa dan keperibadian mulia, bertanggungjawab,bermotivasi dan berkorban untuk mencapai kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat persekitaran dan negara.
Pendidikan Sivik dan kewarganegaraan –
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan mata pelajaran yang memainkan peranan penting dalam kurikulum sekolah bagi melahirkan murid yang dapat menunjukkan perasaan bangga dan cinta akan Negara. Mata pelajaran memberi tumpuan kepada perkembangan diri, hubungan dengan orang lain dan berinteraksi dengan persekitaran. Mata pelajaran ini juga adalah wahana bagi mewujudkan semangat perpaduan dan apresiasi pelbagai budaya, masyarakat dan Negara. Kandungan mata pelajaran ini membolehkan murid memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik bagi menghadapi cabaran masa hadapan.